Kau seret aku dengan sopan, Soalan demi soalan kau aju. Hinggakan aku tertipu terjebak dalam permainan, Membuka bicara membawa debat. Bicara kau sinis, Mengundang pertelingkahan. Kau tak pandang atas bawah, Kau tak gusar menyusun ayat. Kukuh teguh diri kau aku akur, Tapi jujur, Tutur kata yang kau sembur, Tiada asas, lebur. Baik kau diam kalau benci. Sebab kadang, Kau yang menjatuhkan persepsi tinggi orang, Menampakkan kau itu bawah. Mencerminkan kau itu manusia yang bagaimana. ***terima kasih kepada orang yang sebegini sebab kau membawa aku untuk lebih faham. Bahawa manusia itu banyak sangat perasaan cemburu. Kadang membuatkan manusia itu sendiri tidak bersyukur dengan apa yang dia miliki. Dan kau menyedarkan aku bahawa, walau apa sekalipun yang kita lakukan, baik mahupun buruk. dengan niat BENAR ataupun salah. Tetapkan ada orang yang memBENCI dari belakang. Dah ! Jangan nak sangat puaskan hati orang. sebab kita hidup ada tujuannya. Cari...