terbiasa mungkin

Pada dingin malam itu,
Timbul idea untuk menilai perwatakan.
Aku cuba bayangkan seseorang,
Seseorang yang periang,
Seseorang yang petah dan tulus berkongsi cerita.
Dan bilamana dia teruja,
Dengan bergaya dia meluah bait-bait kata.
Namun jauh di sudut hati,
Dia bukanlah si ramah.
Dia terkadang suka menyendiri.
Dia selalu menyimpan sepi.
Karna dia,
Tak semua perkara bisa dilafazkan dengan kata bicara
Dan bukanlah semua yang digembar gembur itu benar.
Pada pemerhatian si dia,
Hati terkadang menipu.
Akal juga terbiasa lemas dalam imaginasi.
Hanya kerana ingin menyedapkan hati.
Hanya untuk menenangkan jiwa.

Popular posts from this blog

Popcorn in the backyard

Buttermilk chicken

Almond milk