Posts

blank heart

how to measure your disaster? -a day full of blessed twisted around -you are unable to hide your feeling through smile -your head getting dizzy like its goin to explode -your heart feel hurt

kocek

kocek sengkek diisi sedikit kali sedikit bertahun lamanya. tiba2 kau berwajah nan selenga nak sekat kebebasan hati aku. kau dah kenapa? kalau kau nak diri kau dihormati orang, kau perlu memulakannya dulu. jahanam semua debat kau dengan wajah nan selenga, kau tak paham satu apa weh- jangan setarakan wajah kau dengan tahap pemikiran kau. mana pergi jati diri yang kau bangga2 kan? mana hilang fikiran luar kotak kau? mengkritik terus menerus tapi kau tak sedar kau yang paksa aku bina benteng tinggi2 untuk halang diri aku ni memahami kau pergilah kau jauh2 aku tak suka hipokrasi dan aku tunjuk terus menerus aku tak suka kau sekat daya aku berfikir, dan cara aku memuaskan diri sendiri dengan tahap kepuasan yang kau sukar mengerti. maaf, tolong kamu undur. back off!!

deep

"benda yang sudah berlaku tak akan lenyap, sebab itu bakal mendap dalam ingatan."  I have my very own reason. Yeah! When we are desperately wanted to forget about every single thing in details that turned our life upside down. have you ever experienced that? Considered yes. with no hesitation, you know that if you are going to throw away your unpleasant memories will diminish anyone who is involved in that particular situation at that moment. and even your favourite person. the question is, do you dare? this is the real important things that have to be counted. so I will definitely say NO! the things is I just couldn't lose them, as they are the person who is part of my life. so even I like it or not, I have to face the music which is considered as a burden on my shoulder. know what? This is life. a kinda real one, tough and where you can find an unexpected tragedy happened in your real life that you merely never think of it.  as for me, everything h

Fasa baru

Bismillahirrahmanirrahim ♡ Fasa baru- Aku paksa diri Biar mudah bergaul Jadi aku mula dengan hari ini. Walau malas Aku sisih cepat cepat. Sebab Aku dah mula pegang kata kata- " Manusia bijak tahu bila nak berubah " Walau ni ayat yang aku cedok dari dalam novel, Aku tak kesah. Yang penting, Ada pangkalnya

malam

pekat langit malam, gugusan bintang kabur. dah malam kan. norma manusia berkeliaran. Ah lantaklah! kaki aku lekat, kukuh menapak. berbumbungkan siling putih, bangunan usang. berpenduduk sejantina.

dahulu ingat batu

Image
semua tampak sama. padahal lain. apa perlu aku buat kalau hati dah keras? dulu aku ingat air. lama kelamaan dah makin lain. baik aku mengelat.  biar jauh, biarlah aku terasing. asal aku tahu, apa aku mahu . walau tersentap di hujung pangkal laluan, aku tetap akan cari haluan. mungkin. ada baiknya aku terlewat . 

manusia pelik

Kau seret aku dengan sopan, Soalan demi soalan kau aju. Hinggakan aku tertipu terjebak dalam permainan, Membuka bicara membawa debat. Bicara kau sinis, Mengundang pertelingkahan. Kau tak pandang atas bawah, Kau tak gusar menyusun ayat. Kukuh teguh diri kau aku akur, Tapi jujur, Tutur kata yang kau sembur, Tiada asas, lebur. Baik kau diam kalau benci. Sebab kadang, Kau yang menjatuhkan persepsi tinggi orang, Menampakkan kau itu bawah. Mencerminkan kau itu manusia yang bagaimana. ***terima kasih kepada orang yang sebegini sebab kau membawa aku untuk lebih faham. Bahawa manusia itu banyak sangat perasaan cemburu.  Kadang membuatkan manusia itu sendiri tidak bersyukur dengan apa yang dia miliki. Dan kau menyedarkan aku bahawa, walau apa sekalipun yang kita lakukan, baik mahupun buruk. dengan niat BENAR ataupun salah.  Tetapkan ada orang yang memBENCI dari belakang. Dah ! Jangan nak sangat puaskan hati orang. sebab kita hidup ada tujuannya.  Cari motif utama s

meleset

persepsi dulu perlu diubah? aku bagai tak percaya. dia yang aku senangi. pengakhiran 'sempurna' berkecai terus, bersepah bagai kaca retak beribu. dia bukanlah dia yang aku sangka. meleset jauh tak ku duga. itulah manusia.

terbiasa mungkin

Pada dingin malam itu, Timbul idea untuk menilai perwatakan. Aku cuba bayangkan seseorang, Seseorang yang periang, Seseorang yang petah dan tulus berkongsi cerita. Dan bilamana dia teruja, Dengan bergaya dia meluah bait-bait kata. Namun jauh di sudut hati, Dia bukanlah si ramah. Dia terkadang suka menyendiri. Dia selalu menyimpan sepi. Karna dia, Tak semua perkara bisa dilafazkan dengan kata bicara Dan bukanlah semua yang digembar gembur itu benar. Pada pemerhatian si dia, Hati terkadang menipu. Akal juga terbiasa lemas dalam imaginasi. Hanya kerana ingin menyedapkan hati. Hanya untuk menenangkan jiwa.

Sejenak

hidup lesu  tanpa warna,  tiada runut suara mungkin sebab itu  Di-ciptakan  manusia  punya berbagai kerenah. jiwa sepi  tanpa rasa,  penuh noda mungkin sebab itu  Ter-wujud rasa kasih dan iri hati minda kosong  tanpa soal, tiada ragu dan sebab itu mungkin,  Di-kirimkan  dugaan  dan  seribu macam masalah ruang untuk akal berfikir  sejenak.